Home SemasaLawatan Negara: Sultan Ibrahim buka lembaran baharu Malaysia-Rusia

Lawatan Negara: Sultan Ibrahim buka lembaran baharu Malaysia-Rusia

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Russia bagi Lawatan Negara atas jemputan rasmi Presiden Russia, Vladimir Putin, membuka lambaran baharu dalam hubungan dua hala Malaysia dengan ibu negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lawatan yang bermula esok hingga 10 Ogos itu, dijangka merancakkan kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan dua hala, pelaburan, pendidikan tinggi, teknologi dan inovasi serta hubungan antara rakyat.

“Malaysia berpotensi menarik pelaburan serta teknologi baharu daripada Rusia, khususnya dalam sektor tenaga, aeroangkasa, pertahanan, dan pertanian pintar sejajar dengan agenda Ekonomi MADANI yang menekankan daya saing, kemampanan dan kemakmuran bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri menjelaskan, Lawatan Negara itu akan mengukuhkan peranan Institusi Diraja Malaysia sebagai pemacu diplomasi negara yang dihormati pada peringkat antarabangsa, sekali gus memperteguh kedaulatan dan imej Malaysia sebagai negara yang berkecuali, terbuka dan progresif.

Lawatan yang bersejarah ini menjadikan Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Negara Malaysia pertama menjejakkan kaki ke Russia dalam kapasiti Lawatan Negara sejak hubungan diplomatik Malaysia–Russia dimeterai pada tahun 1967.

Ia turut mencerminkan peranan signifikan Seri Paduka Baginda sebagai lambang perpaduan negara dan pemacu hubungan antarabangsa yang strategik bagi Malaysia.-airtimes.my

#semasa #DaulatTuanku #Malaysia #Rusia #airtimes

Related Articles

Leave a Reply