Home Pertahanan dan Keselamatan Anggota MALBATT di selatan Lubnan boleh balas tembakan jika…

Anggota MALBATT di selatan Lubnan boleh balas tembakan jika…

A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 17 OKT – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menyatakan pihak UNIFIL telah menetapkan prosedur sekiranya pasukan pengaman diserang.

 

Menurutnya, tembakan akan dibalas mengikut Prosedur Tindakan Perlindungan Pasukan (Force Protection Measure) yang ditetapkan.

 

“UNIFIL telah meletakkan garis panduan dan ia tertakluk kepada tindakan-tindakan force protection measure,

 

“Jika berlaku serangan, dari sudut force protection measure, memang boleh kita membalas tembakan untuk pertahanan diri,

 

“Jika serangan ofensif (dari MALBATT), itu tidak dibenarkan kerana tanggungjawab kita sebagai pengaman,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tanah Merah, Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz di Dewan Rakyat, hari ini.

 

Soalan tambahan yang dikemukakan oleh bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu menyentuh sama ada anggota pengaman Malaysia dibenarkan membalas tembakan sekiranya mereka berhadapan dengan situasi genting.

 

Pada masa yang sama, Khaled Nordin menegaskan ancaman semasa di Selatan Lubnan semakin meningkat namun keadaan masih terkawal.

 

“Kita terima hakikat bahawa ancaman pada ketika ini semakin meningkat. Semua perkara dilalui adalah di bawah kawalan UNIFIL,” ujar beliau. – airtimes.my

 

#AirTimes #Pertahanan #UNIFIL

Leave a Reply