Home Pertahanan dan Keselamatan Malaysia, Rusia tukar pandangan dan bincang kerjasama pertahanan antara kedua negara

Malaysia, Rusia tukar pandangan dan bincang kerjasama pertahanan antara kedua negara

A+A-
Reset

MOSKOW, 1 OGOS – Kerjasama pertahanan dua hala antara perkara yang dibincangkan oleh Malaysia dan Rusia.

Perbincangan tersebut dilaksanakan semasa Mesyuarat Joint Intergovernmental Commission on Cooperation (JICC)in the Field of Defence, Defence Industry and Defence Technology yang ke-17.

Kementerian Pertahanan Malaysia di akaun media sosial rasminya berkata, mesyuarat tersebut dianjurkan oleh Federal Service for Military-Technical Cooperation (FSMTC).

Delegasi Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Isham Ishak. Beliau mempengerusikan bersama mesyuarat tersebut dengan Timbalan Pengarah FSMTC, Mikhail Petukhov yang mewakili kerajaan Rusia.

“Kedua-dua pihak JICC telah bertukar pandangan berkenaan dengan kerjasama pertahanan dua hala, khususnya dalam usaha mempertingkatkan lagi kerjasama Industri Pertahanan,” kata Kementerian Pertahanan Malaysia.

Selain itu, Isham Ishak turut menjemput pihak Rusia untuk menyertai Pameran LIMA’25 pada tahun hadapan.

“Kerjasama pertahanan di antara kedua-dua negara bermula apabila Malaysia membeli pesawat MIG-29N daripada Rusia pada tahun 1995, dan seterusnya perolehan aset-aset lain yang signifikan seperti METIS-M, IGLA serta pesawat Sukhoi SU-30MKM,

“Selain itu, kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Rusia telah diperkukuhkan menerusi pemeteraian satu memorandum persefahaman kerjasama pertahanan pada tahun 1999 yang merangkumi kerjasama pertahanan, teknologi pertahanan, industri pertahanan dan kepentingan-kepentingan lain yang saling memanfaatkan kedua-dua pihak,” jelas Kementerian Pertahanan di akaun media sosial rasminya. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #Rusia #MINDEF

Leave a Reply