if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan Bekas Ketua Unit Gempur UTK, CP Mohd Yusri kini Pengarah JSPT Bukit Aman

Bekas Ketua Unit Gempur UTK, CP Mohd Yusri kini Pengarah JSPT Bukit Aman

by Zaki Salleh

KUALA LUMPUR, 16 JUL – Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman kini menerima kepimpinan baharu apabila tanggungjawab tersebut digalas Komisioner Polis (CP) , Dato’ Sri Mohd Yusri Hassan Basri.

Mohd Yusri yang sebelum ini adalah Ketua Polis Perak menerima pelantikan tersebut pada Isnin sebagai Pengarah JSPT ke-6.

Apa yang lebih istimewa, beliau yang mempunyai latar belakang dalam Unit Tindakhas (UTK) muncul satu-satunya individu lama berkhidmat dalam pasukan elit tersebut.

Sebab itu beliau sering tampil dengan mengenakan beret merun UTK.

Mohd Yusri, anak kelahiran Kampar, Perak itu pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam PDRM.

Antaranya Pegawai D9A Jenayah Berat di Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pahang dan Ketua Unit Gempur UTK Bukit Aman.

Beliau juga pernah menjadi Pegawai Keselamatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Juruiring kepada Perdana Menteri dan Timbalan Ketua Polis Pahang.

Pada Ogos 2022 Mohd. Yusri dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu menggantikan Dato’ Meor Faridalathrash Wahid yang bersara.

Mohd. Yusri juga sangat disenangi petugas media di negeri Perak di atas keramahan beliau serta sikap profesional yang ditampilkan.

Antara beberapa insiden besar yang berlaku ialah

nahas sebuah helikopter di Hutan Simpan Chikus, Bidor pada September 2022 yang mengorbankan seorang juruterbang.

Semasa insiden 132 pendatang asing tanpa izin (PATI) melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen Bidor, PDRM Perak bersama Jabatan Imigresen negeri banyak membantu pihak media waktu itu.

Begitu juga ketika nahas helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan kru pada April lalu yang mana PDRM telah memudahkan perkara berkaitan.

Terdahulu, majlis pemakaian pangkat Komisioner Polis Pengarah PDRM disempurnakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain di Bukit Aman.

Seterusnya ialah serah terima tugas daripada Timbalan Pengarah I (Penguatkuasaan/ Kawalan Lalu Lintas/ Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, Dato’ Mohd Nasri Omar yang memangku jawatan tersebut sejak 8 April lalu,

Turut hadir ialah  Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan barisan Pengarah PDRM. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Keselamatan #PDRM

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?