BERLIN, 5 JUN – Airbus akan mempamerkan pesawat tanpa pemandu (UAV) yang digunakan khusus dalam operasi bersama jet pejuang.
Menurutnya, UAV itu akan menambah keupayaan pesawat tempur yang sedia ada. Gandingan ini akan membolehkan jet pejuang sedia ada untuk melaksanakan misi berisiko tinggi dengan kehadiran UAV tersebut.
“Ia merupakan UAV tempur yang akan dikawal oleh juruterbang dalam jet pejuang,” kata Airbus dalam satu kenyataan.
Sementara itu, CEO Airbus Defence and Space, Michael Schoellhorn menyatakan Tentera Udara Jerman telah mengariskan keperluan UAV yang berupaya terbang bersama dengan jet pejuang.
“Konsep Wingman yang disediakan oleh Airbus merupakan jawapan kepada seruan itu,
“Kami akan terus memacu dan memperhalusi inovasi yang dibuat di Jerman ini supaya agar kami boleh menawarkan kepada Tentera Udara Jerman dengan penyelesaian berpatutan serta prestasi yang diperlukan,
“Ini bagi memaksimumkan kesan dan menggandakan kuasa kekuatan jet pejuangnya untuk tahun 2030-an,” katanya.
Menurut Airbus, Wingman ditugaskan untuk melaksanakan pelbagai misi termasuk tinjauan. Selain itu, ia turut memainkan peranan untuk melakukan jamming terhadap sasaran berkepentingan.
Selain itu, UAV in turut digunakan untuk mengempur dan memusnahkan sasaran dengan menggunakan misil atau sistem persenjataan berpandu.
“Juruterbang dalam jet pejuang pula berperanan sebagai komander yang akan mengawal misi,
“Mereka akan melakukan keputusan akhir untuk melancarkan tindakan,” jelas Airbus.
Tambahnya, konsep sebegini akan melipat gandakan keupayaan tempur sesebuah angkatan udara. – airtimes.my
#AirTimes #TeknologiPertahanan #Airbus