Home Pertahanan dan Keselamatan Pakatan keselamatan serantau perlu saling melengkapi, bukan bawa perpecahan – Khaled Nordin

Pakatan keselamatan serantau perlu saling melengkapi, bukan bawa perpecahan – Khaled Nordin

by M.Daim

SINGAPURA, 2 JUN – Pakatan keselamatan yang dibentuk di rantau Asia Pasifik perlu saling melengkapi kapasiti dan keupayaan masing-masing.

Perkara tersebut ditegaskan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa menyampaikan ucapan di sesi plenari ketujuh Shangri-La Dialogue di Singapura, hari ini.

Menurut beliau, negara-negara di rantau Asia Pasifik harus bersedia untuk mengendalikan kerjasama  keselamatan yang sedia ada dan baharu secara beransur-ansur dalam membentuk dinamik serantau.

“Dalam keadaan semasa, kerjasama yang ketara dengan pelbagai blok berupaya untuk mengatasi sebarang kebimbangan,

“Melihat kerjasama yang kredibel di peringkat blok dengan ASEAN, saya berpendapat bahawa kerjasama antara ASEAN dengan pakatan keselamatan yang lain atau blok, bukannya dengan negara individu, perlu diterokai,” katanya.

Beliau menambah, aturan sedemikian perlu memberikan penekanan kepada mendapat faedah daripada  kerjasama antara pakatan.

Menteri Pertahanan menyampaikan ucapan beliau sebagai ahli sesi plenari ketujuh bertajuk “Re-Imaginin Solutions for Regional Stability”.

Panel sesi tersebut turut menampilkan Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy.

Sesi plenari itu mengulas bagaimana kerjasama baharu memberi pengaruh terhadap landskap keselamatan serantau yang sedia ada.

Dalam ucapannya, Khaled memberikan penekanan 3 C iaitu Constructive, Comprehensive, and

Complementary (Konstruktif, Komprehensif dan Pelengkap).

Beliau menyatakan dialog yang konstruktif di antara negara perlu diadakan secara berterusan.

“Langkah ini adalah penting untuk merapatkan kepentingan yang berbeza, mencari kata sepakat bersama dan penyelesaian yang baik,

“(Jika dilakukan) Dengan cara yang telus, interaksi yang membina akan membawa kepada keyakinan dan kepercayaan, memanfaatkan saluran tidak formal dan formal untuk mendorong kejayaan,” ujar beliau.

Pada masa yang sama, beliau menyatakan Malaysia yang menjadi pengerusi ASEAN 2025 akan meneruskan tradisi serta peranan pertubuhan itu untuk memberi pengaruh kepada serantau disamping memelihara matlamatnya.

Selain itu, Menteri Pertahanan menyatakan kerjasama perlu diperluaskan kepada bidang-bidang lain termasuk pendidikan dan kepimpinan pertahanan, ketenteraan, kesihatan umum, kebajikan, siber, teknologi alam, keterjaminan makanan serta pengurusan bencana.

Menurutnya, kerjasama komprehensif sebegini adalah perlu memandangkan beberapa isu yang lain seperti pencemaran marin, bencana alam, kegiatan pelanunan dan ancaman siber merupakan antara agenda keselamatan.

“Sesebuah negara yang lebih rasional dan matang dalam mengamalkan paradigma neutral, mereka juga akan lebih terbuka untuk meneroka kerjasama dalam domain lain,” ujar beliau.

Menyentuh kerjasama antara blok, Menteri Pertahanan menegaskan bahawa ia merupakan langkah pelengkap yang perlu dilakukan dalam pelbagai peringkat dan platform.

Khaled Nordin menjelaskan, seni bina keselamatan memberikan penekanan yang eksklusif yang secara tidak langsung memberi halangan kepada kerjasama yang lebih besar.

“Pada ketika ini, negara-negara yang mempunyai hasrat sama akan membentuk satu pakatan eksklusif bagi mencapai kepentingan bersama,

“Walau bagaimanapun, kami berharap kerjasama sebegini tidak akan menimbulkan perpecahan lagi,

“Tindakan yang memecah belah memberikan tamparan (negatif dalam) menentukan kepada kestabilan serantau,” tegasnya.

Pada masa yang sama, Khaled Nordin turut menggesan pihak penganjur untuk menjemput wakil dari Palestin bagi menghadiri sesi dialog sebegini di masa hadapan. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan

Related Articles

Leave a Reply