Home Pertahanan dan Keselamatan Kemalak Group mahu mainkan peranan dalam industri pertahanan negara

Kemalak Group mahu mainkan peranan dalam industri pertahanan negara

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Selepas berjaya memberikan kontrak perolehan pesawat pejuang FA-50M Block 20 kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada syarikat Korea Aerospace Industries (KAI), Kemalak Group Sdn Bhd kini terus mengorak langkah dalam industri pertahanan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kemalak Marine Sdn Bhd, Leftenan Komander (B) Mohd Faizal Ab Aziz TLDM berkata, Kemalak kini telah mempunyai 6 entiti yang terdiri daripada Kemalak System, Kemalak Marine, Kemalak Aerospace, Kemalak Shield, Kemalak Property dan Kemalak International.

“Bermula sebagai syarikat tempatan kecil kini (Kemalak) sudah berkembang kepada sebuah kumpulan yang mana mempunyai 6 buah kumpulan,

“Walaupun, masih baru dalam industri ini (pembuatan), kita cuba yang terbaik untuk menyumbang ke arah pembangunan negara,” ujarnya kepada Air Times.

Pesara TLDM ini turut berkata, kebanyakan pekerja di Kemalak merupakan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Kami yakin, kami memberi peluang kepada veteran-veteran ATM untuk meneruskan kerjaya mereka dalam sektor korporat di Kemalak,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Pengurus Besar Kemalak Group, Mejar (B) Mohd Razi Kamis TUDM memaklumkan, penubuhan Kelamak di negara ini bukan hanya memberi perkembangan positif dalam industri pertahanan negara, malah ia juga telah memberikan peluang pekerjaan kepada pesara ATM.

“90 peratus daripada pekerja di Kemalak merupakan bekas tentera, jadi kami menyediakan satu peluang pekerjaan selepas mereka pencen ataupun bersara dari alam ketenteraan,

“Kita faham apa yang diperlukan di dalam pertahanan itu sendiri sebab kami sudah melaluinya, jadi lebih mudah Kemalak mendekati mana-mana pihak dalam bidang pertahanan ini kerana kami lebih tahu dan kami faham apa kemahuan mereka,” jelasnya lagi. -airtimes.my

#pertahanan #Kemalak #DSA #airtimes #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply