Home Pertahanan dan Keselamatan DSA 2024: MoU keselamatan, pertahanan bernilai RM8.1 bilion bakal dimeterai

DSA 2024: MoU keselamatan, pertahanan bernilai RM8.1 bilion bakal dimeterai

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Sebanyak RM8.1 bilion perjanjian Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bakal dimeterai dalam Pameran ‘Defence Services Asia’ (DSA 2024) berjumlah RM8.1 bilion.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin, berkata sebanyak RM6 bilion disasarkan oleh kementeriannya dalam perjanjian dan kontrak MoU dalam sektor pertahanan khasnya membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Untuk sasaran urusniaga DSA pada kali ini, kita memang sudah mengenalpasti beberapa kontrak dan perjanjian yang akan ditandatangani bagi pihak MINDEF,

“Bagi pihak MINDEF perjanjian lebih kurang sebanyak RM6 bilion,” katanya selepas meninjau persiapan DSA 2024, di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa (MITEC), hari ini.

Jumlah berkenaan adalah sasaran kedua-dua kementerian dalam memastikan sistem serta aset keselamatan dan pertahanan negara dalam keadaan terbaik dan relevan dengan cabaran global pada masa ini.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebanyak 14 kontrak dan MoU melibatkan KDN akan ditandatangani sepanjang pameran DSA 2024 berlangsung.

“Bagi KDN (nilainya) adalah lebih kurang RM2.1 bilion melibatkan 14 (perjanjian dan kontrak) kesemuanya,”ujarnya lagi.

Bermula esok, sebanyak 1,324 syarikat pertahanan serta keselamatan dari 60 buah negara menyertai Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024.

Pameran pertahanan selama 4 hari itu melibatkan penyertaan syarikat pertahanan dan keselamatan daripada 60 buah negara termasuk Amerika Syarikat, China, Australia, Brazil, Jerman, India, Perancis, Itali, Korea Selatan, Turkiye, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan United Kingdom.

Terdahulu, Mohamed Khalid dan Hamzah meluangkan masa melawat persiapan pameran DSA dan Natsec 2022 di MITEC.- airtimes.my

#pertahanan #airtimes #DSA #NATSEC #Malaysia #keselamatan

Related Articles

Leave a Reply