Home Teknologi Pertahanan Korea Selatan beli SM-3, pertingkat keupayaan pintas serangan misil balistik

Korea Selatan beli SM-3, pertingkat keupayaan pintas serangan misil balistik

by M.Daim

SEOUL, 2 MEI – Pentadbiran Program Pembelian Pertahanan Korea Selatan (DAPA) meterai perolehan 4 program persenjataan, baru-baru ini.

Perolehan yang dimeterai pada 26 April lalu melibatkan pembelian peluru berpandu SM-3, misil udara ke udara baru, kapal frigat, dan sistem pertahanan rapat, CIWS.

Secara keseluruhan, kesemua perolehan tersebut bernilai bersama US$ 4.6 bilion.

Misil SM-3 akan dipasang pada kapal pembinasa KDX III Batch II Aegis yang dibina oleh  Hyundai Heavy Industries. (HHI). Perolehan bernilai US$581 juta itu dijangka akan selesai pada tahun 2030.

SM-3 merupakan misil pertahanan udara yang pada ketika ini dioperasikan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) dan Pasukan Pertahanan Maritim Jepun (JMSDF).

Walaupun direka untuk menangkis serangan misil balistik, SM-3 turut berupaya untuk menembak jatuh satelit.

Misil ini merupakan antara komponen utama dalam Sistem Pertahanan Misil Balistik Aegis.

KDX atau Korean Destroyer eXperimental merupakan program pembinaan kapal yang digariskan oleh Tentera Laut Republik Korea Selatan (ROKN).

Sehingga kini, terdapat 3 fasa utama telah dijalankan iaitu KDX-i, KDX-II dan KDX-III.

Dibawah pembinaan KDX-III, sebanyak 3 buah kapal telah disiapkan (KDX III Batch I). Pada ketika ini, Korea Selatan sedang melaksanakan ujian laut terhadap JEONGJO THE GREAT (DDG-95), yang merupakan satu-satunya KDX-III Batch II pada ketika ini.

KDX-III telah digariskan untuk mempunyai kemampuan sebagai sebuah kapal pembinasa yang dilengkapi dengan misil berpandu. Ia selari dengan keperluan ROKN sebagai blue water navy.

Malah, kapal-kapal KDX-III dilihat mempunyai ciri-ciri yang sama pada kapal kelas ARLEIGH-BURKE (US Navy) dan ATAGO (JMSDF). – airtimes.my

#AirTimes #KoreaSelatan #TeknologiPertahanan #SM3

Related Articles

Leave a Reply