Home SemasaGlobal Israel akan lakukan apa sahaja untuk menyerang balas, ‘pertahankan diri’ – Netanyahu

Israel akan lakukan apa sahaja untuk menyerang balas, ‘pertahankan diri’ – Netanyahu

by M.Daim

TEL AVIV, 18 APR – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan pihaknya akan membuat keputusan sendiri dalam melaksanakan operasi pertahanan diri.

Perkara tersebut dinyatakan oleh pihak Pejabat Perdana Menteri Israel selepas Netanyahu mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar dari Britain dan Jerman.

“Netanyahu menegaskan Israel akan meneruskan haknya untuk mempertahankan diri,” kata kenyataan itu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tel Aviv sekaligus menolak tepi rayuan pihak Barat agar Israel tidak melakukan serangan terhadap Iran selepas kejadian 14 April lalu.

Kenyataan itu mengulangi pendirian Netanyahu yang disuarakan kepada Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Steve Scalise beberapa hari lalu.

“Israel akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan dirinya,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Iran telah melancarkan serangan dron kamikaze dan misil terhadap Israel pada 14 April lalu. Serangan yang dilancarkan di bawah Operation True Promise (Janji yang Benar) dilakukan oleh Tehran sebagai tindak balas Israel yang membedil kedutaan negara teluk itu di Damsyik pada 1 April. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply