Home Pertahanan dan Keselamatan Selepas 44 hari, kotak hitam helicopter AW139 Maritim Malaysia ditemui

Selepas 44 hari, kotak hitam helicopter AW139 Maritim Malaysia ditemui

by M.Daim

KUALA SELANGOR, 18 APR – Kotak hitam helikopter AW139 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah ditemui selepas 44 hari pencarian.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin.

Menurut beliau, kotak hitam berkenaan telah ditemui oleh pasukan Penyelam Penyelamat Maritim Malaysia. Jelasnya, ekor pesawaw terbabit dikesan berada di kedudukan 760 meter dari lokasi nahas.

“Setelah berjaya dinaikkan dari dasar laut, kotak hitam berkenaan telah dibawa ke makmal untuk dianalisa data rakaman bagi mengetahui punca sebenar insiden yang berlaku,

“Pihak Maritim Malaysia menjangkakan keputusan data akan diperoleh dalam masa terdekat ekoran keadaan kotak hitam tidak mengalami sebarang kerosakan yang teruk,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi mencari kotak hitam AW139 dilancarkan selepas insiden udara yang berlaku pada 5 Mac lalu.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia menambah, operasi pencarian kotak hitam berkenaan telah membabitkan 21 penyelam berhadapan dengan kesukaran akibat arus deras di dasar laut, selain jarak penglihatan di dalam air yang terhad akibat dasar laut berlumpur.

Operasi pencarian kotak hitam melibatkan pasukan Penyelam Penyelamat Maritim Malaysia yang dikoordinasikan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team), kru sonar Pusat Hidrografi Nasional (PHN) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB), pihak penyedia perkhidmatan pesawat Maritim Malaysia iaitu Galaxy (M) Sdn Bhd, Bahagian Operasi Udara Maritim Malaysia serta kru kapal dan bot Maritim Negeri Selangor. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #MaritimMalaysia #AW139

Related Articles

Leave a Reply