TOKYO, 18 APR – Japan Coast Guard (JCG) telah melakukan 3 pesanan tambahan untuk helikopter H225. Ini sekaligus menjadikan jumlah armada H225 meningkat sebanyak 18 unit.
Dengan kehadiran H225 ini, JCG dapat meningkatkan keberkesanan dalam menjalankan misi berkaitan aktiviti di kawasan persisiran/sempadan serta bantuan bencana dengan lebih efisien.
Menurut Airbus dalam satu kenyataan, JCG sebelum ini telah menerima 3 unit pada Disember 2023, sementara 1 unit lagi diterima pada Februari 2024.
H225 mampu mencapai kelajuan 263 kilometer sejam dengan jarak maksimum terbang sehingga 850 km. Helikopter ini juga memiliki ketahanan maksimum selama 4 jam 10 minit menggunakan tangki bahan bakar bersaiz standard. – airtimes.my
#AirTimes #Jepun #Airbus