Home Pertahanan dan Keselamatan 3,000 ancaman serangan siber cuba bolosi sistem keselamatan negara setiap hari – Khaled Nordin

3,000 ancaman serangan siber cuba bolosi sistem keselamatan negara setiap hari – Khaled Nordin

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 30 Mac – Malaysia menerima sekurang-kurangnya 3,000 ancaman serangan siber setiap hari terutama selepas negara menyatakan sokongan terhadap Palestin.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, serangan itu melibatkan pelbagai pihak dan bukan sahaja untuk mengintip pergerakan Malaysia berhubung konflik Gaza tetapi cubaan menggodam sistem pertahanan negara.

“Jumlah serangan meningkat selepas Malaysia menyatakan pendiriannya dalam isu Palestin. Mereka bukan sahaja mungkin berjaya menggodam sistem kami, tetapi yang penting ialah mereka boleh masuk, mengintip dan mendengar, serta memantau pergerakan dan perbualan kita dalam isu Palestin dan perkara-perkara lain,

“Jadi ia bukan sahaja secara fizikal tetapi dari segi keselamatan siber, setiap hari lebih kurang 3,000 serangan, usaha untuk menggodam sistem kami oleh pelbagai pihak,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa bersama anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di Pusat Latihan Tentera Darat di Ulu Tiram, pada Sabtu.

Mengulas mengenai penahanan seorang lelaki Israel bersama 6 pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu, beliau berkata, Kementerian Pertahanan sedia membantu pihak polis dalam perkara itu.

“Jika ditanya, kami sedia membantu, tetapi keselamatan dalaman negara adalah di bawah bidang kuasa polis. Kami percaya mereka boleh menjalankan tanggungjawab dalam menyiasat perkara itu,

“Tetapi di peringkat kementerian, kita akan tingkatkan kawalan keselamatan negara,” ujarnya lagi.-airtimes.my

#pertahanan #siber #serangan #airtimes #TDM

Related Articles

Leave a Reply