PARIS, 24 MAC – Tentera Laut Perancis telah menggunakan helikopter untuk menembak jatuh dron yang dilancarkan oleh Houthi.
Perkara tersebut disahkan oleh pihak pemerintah operasi tentera EU di Laut Merah, EUNAVFOR ASPIDES.
Menurutnya, helikopter yang dioperasikan dari sebuah kapal pembinasa tentera laut Perancis.
Pun begitu, tidak dinyatakan jenis helikopter yang digunakan.
Melihat kepada laporan semasa, dipercayai operasi tersebut dilakukan oleh Eurocopter AS565 Panther atau Airbus NH90Â yang dioperasikan dari kapal frigat ALSACE. Kapal kelas AQUITAINE itu merupakan kapal frigat pelbagai peranan yang dibangunkan oleh Naval Group dan Fincantieri.
Apa yang pasti, dron yang dipercayai varian Samad dioperasikan oleh Houthi telah berjaya ditembak jatuh dengan menggunakan mesingan. Bunyi tembakan dapat didengari dalam video yang dikongsikan oleh tentera Perancis.
Berdasarkan audio percakapan anak kapal helikopter tersebut yang menyatakan berlaku impak dan juga ‘flash’ atau cahaya yang mengesahkan dron tersebut telah gagal berfungsi. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Perancis #LautMerah