Home Teknologi Pertahanan Iran hasilkan dron ‘Gaza’ untuk gugat Israel

Iran hasilkan dron ‘Gaza’ untuk gugat Israel

by M.Daim

Iran telah memperkenalkan pesawat tanpa pemandu (UAV) yang dikenali sebagai Gaza.UAV ini dilaporkan mampu untuk membawa 13 bom dan ditujah dengan menggunakan enjin turbojet. Penggunaan enjin turbojet tersebut membolehkan pesawat ini untuk terbang pada jarak yang lebih jauh.

Dari segi persenjataan, ‘Gaza’ berupaya untuk membawa misil Sadid-1. Misil ini mempunyai rekaan sama seperti Spike-ER yang digunakan oleh Israel.

Sadid-1 merupakan misil anti armor yang dipandu dengan menggunakan sistem panduan TV. Pembangunan misil ini adalah berasaskan teknologi Toophan, senjata anti armor yang direka mengikut acuan teknologi BGM-71 TOW keluaran Amerika Syarikat.

Replika Shahed-149 Gaza yang dipamerkan dalam satu pameran antarabangsa di Timur Tengah baru-baru ini. Foto: IRNA

‘Gaza’ merupakan salah satu siri dron Shahed yang dihasilkan oleh Iran. Nama ini digunakan pada Shahed 149 bersempena Genting Gaza pada taun 2021.

Dari segi reka bentuk luaran, Shahed 149/Gaza mempunyai rekaan seperti MQ-9 Reaper (Amerika Syarikat) dan Hermes 450 (Israel).

UAV ini mula diperkenalkan pada tahun 2021 dan dioperasikan oleh tentera Iran pada tahun berikutnya.

Mengikut sumber terbuka, Gaza merupakan UAV kategori HALE (High Altitude, Long Endurance). HALE adalah merujuk kepada UAV yang mampu beroperasi pada altitud tinggi untuk tempoh jangka masa panjang.

Ia mampu untuk terbang selama 24 jam dan mampu mencapai jarak sejauh 2,500 kilometer. Selain itu, Shahed 149 berupaya untuk terbang pada altitud 11 ribu meter.

Di atas kertas, UAV ini dilaporkan mampu untuk menjangkaui kawasan Israel dari Iran.

Pesawat yang terbang pada kelajuan 340 kilometer sejam ini dikatakan mampu untuk mengesan pesawat stealth dilengkapi dengan pemancar komunikasi satelit. – airtimes.my

#AirTimes #Iran #TeknologiPertahanan #UAV

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!