Home SemasaGlobal Serangan pengganas: Rusia berkabung, tahan 11 suspek

Serangan pengganas: Rusia berkabung, tahan 11 suspek

by M.Daim

MOSKOW, 24 MAC – Kerajaan Rusia telah mengumumkan hari berkabung di seluruh negara kuasa besar itu berikutan tragedi serangan pengganas di Moskow.

Serangan yang didakwa dilancarkan oleh kumpulan pengganas DAESH itu telah meragut lebih 130 nyawa.

Tempoh berkabung itu telah diisytiharkan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam satu siaran televisyen selepas insiden 22 Mac.

Sehingga kini, seramai 11 orang suspek telah ditahan berhubung serangan berdarah di Moskow.

Pihak berkuasa keselamatan Rusia, Federal Security Service (FSB) dalam satu kenyataan serangan telah dirancang secara teliti.

“Tindakan pihak agensi perisikan dan penguatkuasaan telah berjaya menahan 11 orang suspek termasuk 4 penyerang yang terlibat dalam serangan di Crocus City Hall,

“Mereka telah merancang serangan ini dengan teliti. Senjata yang digunakan oleh pengganas telah ditempatkan di satu lokasi sebelum serangan dilancarkan,” kata FSB dalam kenyataan.

Sementara itu, media Rusia memetik kenyataan agensi yang sama menjelaskan penyerang cuba melarikan diri ke Ukraine. – airtimes.my

#AirTimes #Global #Rusi

Related Articles

Leave a Reply