Home SemasaGlobal Dua serangan bom gegar Afghanistan

Dua serangan bom gegar Afghanistan

by M.Daim

KABUL, 22 MAC – Dua siri letupan yang dipercayai serangan bom telah menggegarkan Afghanistan.

Dalam 2 kejadian berasingan, letupan dilaporkan berlaku di Kabul dan Kandahar.

Media Afghanistan melaporkan letupan di Kandahar telah mengorbankan 30 orang dan mencederakan 50 yang lain.

Kejadian berlaku semasa anggota Taliban sedang berbaris untuk mengeluarkan gaji mereka dari Kabul Bank pada pagi Khamis.

“Serangan dipercayai dilakukan oleh seorang pengebom yang telah melepasi pos kawalan,” kata laporan itu.

Media Afghanistan turut memetik kenyataan pihak keselamatan Taliban yang menyatakan serangan tersebut didalangi oleh pihak “Khawarij”. Taliban menggunakan istilah Khawarij kepada kumpulan Daesh atau pun ISIS.

Ibu negara Afghanistan, Kabul telah digegarkan dengan satu lagi letupan pada pukul 7 petang waktu tempatan. Sehingga kini, pihak berkuasa Afghanistan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Global #Afghanistan

Related Articles

Leave a Reply