Home SemasaGlobal Singapura hantar bantuan udara di Gaza

Singapura hantar bantuan udara di Gaza

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 21 MAC – Tentera Singapura telah berjaya memulakan  operasi pengguguran bantuan dari udara di Gaza.

Operasi pengguguran bantuan udara tersebut dilaksanakan secara bersama oleh Tentera Darat Singapura (Singapore Army, SA) dan Tentera Udara Republik Singapura (Republic of Singapore Air Force, RSAF).

Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen dalam satu hantaran di akaun media sosial rasmi beliau telah mengesahkan pelaksanaan operasi pengguguran udara yang pertama.

“Operasi pengguguran bantuan makanan telah dilaksanakan dengan menggunakan pesawat C-130 RSAF, dari Singapura kepada warga Palestin di Gaza,

Operasi pengguguran bantuan dari udara melibatkan pesawat C-130 RSAF dengan bantuan koordinasi Tentera Udara Jordan. Foto: RSAF

“Kami berharap bantuan ini dapat meringankan beban mereka,” katanya.

Dalam satu hantaran lain, Menteri Pertahanan Singapura turut menunjukkan anggota RSAF dan SA sedang bersiap sedia di Jordan bagi melaksanakan misi tersebut.

Menurut Eng Hen, operasi pengguguran ini akan dilaksanakan selama beberapa hari selepas mendapat kebenaran dari pihak berkaitan.

Sementara itu, RSAF menyatakan operasi pengguguran udara tersebut dilaksanakan dengan koordinasi Tentera Udara Jordan.

Singapura sebelum ini turut menghantar bantuan ke Gaza dengan menggunakan khidmat pesawat Airbus A330MRTT.  Operasi penerbangan pada 30 November tahun lalu menyaksikan penghantaran bantuan bernilai SGD 7juta (RM24.7 juta) dari Changi ke Mesir. – airtimes.my

#AirTimes #Singapura #SA #RSAF #Singapura

Related Articles

Leave a Reply