Home Pertahanan dan Keselamatan Penyelarasan pencen: Mahkamah sudah putuskan, apa tunggu lagi? – Soal Ketereh

Penyelarasan pencen: Mahkamah sudah putuskan, apa tunggu lagi? – Soal Ketereh

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Ahli Parlimen Ketereh, Mejar Jeneral (Bersara) Khlir Mohd Nor mendesak kerajaan agar segera bertindak bagi menyelesaikan isu berkaitan pelarasan pencen veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah tertangguh selama 10 tahun.

Beliau mempersoalkan apakah tindakan Kementerian Pertahanan (MINDEF) setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan bahawa Majlis Angkatan Tentera (MAT) telah gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ini Mahkamah Tinggi yang bagi tahu. MAT dikehendaki melaksanakan hak pelarasan pencen veteran tentera yang bersara sebelum 1 Januari 2013 serupa dengan veteran yang bersara selepas 1 Januari. Tetapi tidak buat juga.

“Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan pula, MAT perlu memberi jaminan pencen kepada angkatan tentera,

“Satu lagi Mahkamah Tinggi bagi tahu, kegagalan menyelaras pencen veteran ATM adalah satu keingkaran kepada Perlembagaan Persekutuan. Jelas, apa yang ditunggu lagi?,” katanya di Dewan Rakyat.

Khlir berkata demikian semasa sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2023, Kementerian Pertahanan, hari ini.

Ketika menyampaikan perbahasana, Khlir menegaskan, isu pelarasan pencen 78,586 veteran ini yang bersara sebelum 1 Januari 2013 perlu dilaksanakan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta Angkatan Tentera 1972.

Dalam masa yang sama, beliau turut berharap, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan sewajarnya memandangkan isu ini tidak lagi diselesaikan.

“Sepatutnya MINDEF berasa gembira dengan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, syukur kerana sudah 10 tahun mereka sudah tunggu pasal pelarasan pencen ini,

“Tiba-tiba saya dikejutkan oleh Menteri Pertahanan yang menjelaskan hendak membawa kes tersebut kepada Mahkamah Rayuan, untuk apa?

“Kalau bawa ke Mahkamah Rayuan, tetap sama keputusan dia. Sebab ia melibatkan Perlembagaan Persekutuan. Kita tak boleh lawan Perlembagaan.

“Jadi saya berharap Perdana Menteri mengambil tindakan sewajarnya memandangkan seorang Menteri Pertahanan pun tidak mampu selesaikan masalah ini,” ujarnya lagi.-airtimes.my

#pertahanan #pelarasan #pencen #ATM #airtimes

Related Articles

Leave a Reply