Home Semasa Lanun Somalia hubungi pemilik kapal kargo Bangladesh yang dirampas

Lanun Somalia hubungi pemilik kapal kargo Bangladesh yang dirampas

by Bernama

DHAKA, 21 Mac – Lanun Somalia yang disyaki merampas kapal berbendera Bangladesh MV Abdullah telah menghubungi pemilik kapal itu buat kali pertama, kata seorang pegawai di sini.

Panggilan itu dibuat kira-kira seminggu selepas kapal kargo berkenaan dirampas di Lautan Hindi pada 12 Mac manakala kesemua 23 kru dijadikan tebusan. Kapal itu dimiliki oleh SR Shipping Limited, anak syarikat kumpulan KSRM Bangladesh.

Jurucakap Kumpulan KSRM, Mizanul Islam pada Rabu berkata lanun telah menghubungi mereka melalui pihak ketiga tanpa sebarang tuntutan wang tebusan, lapor Xinhua.

Beliau berkata tuntutan tebusan mungkin akan dibuat semasa perbincangan akan datang sekiranya ada.

MV Abdullah ketika kejadian sedang berlayar dari Pelabuhan Maputo di Mozambique ke Pelabuhan Al Hamriyah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan mengangkut 58,000 tan arang batu. – BERNAMA

#Somalia #global

Related Articles

Leave a Reply