Home SemasaGlobal CARAT 2024 : Indonesia sedia laksana latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat

CARAT 2024 : Indonesia sedia laksana latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat

by Wazien Zamri

JAKARTA, 21 MAC – Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Laut  (TNI-AL) bersedia untuk mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) dan Kor Marin Amerika Syarikat (USMC) .

Eksesais Cooperation Afloat Readiness and Training  (CARAT) 2024 dijadualkan akan berlangsung pada Mei akan datang.

“Latihan ini akan dilaksanakan selama seminggu pada pertengahan bulan Mei, iaitu di perairan Teluk Ratai dan Piabung Lampung, Markas Komando Batalion Infantri Marin Ketujuh, Markas Komando Batalion Infantri Marin Kesembilan serta Pusat Latihan Tempur Marin Kelapan,

“Kawasan latihan di Teluk Ratai, Lampung sudah ditinjau oleh TNI AL serta Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) pada minggu lalu,” kata TNI-AL dalam kenyataan rasmi.

Latihan yang dirangka ini merangkumi pelbagai aspek antaranya kemahiran membuat keputusan, Subject Matter Expert Exchange (SMEE), latihan individu dan juga operasi perlindungan pantai yang melibatkan angkatan darat, pertahanan laut serta ketumbukan pasukan udara.

“CARAT 2024 ini menyasarkan kepada pengukuhan terhadap keupayaan pasukan dalam melaksanakan operasi pertahanan pantai/operasi anti-amfibia,

“Selain menjalani latihan ketenteraan, Tentera Laut Indonesia, Tentera Laut AS dan USMC juga akan mengadakan perkhidmatan sosial dalam siri latihan ini, termasuk menaik taraf kemudahan awam, membersihkan kawasan pantai, memberi perkhidmatan rawatan secara percuma dan menyediakan bantuan kebajikan kepada komuniti di sekitar lokasi latihan.” jelas kenyataan itu lagi.

Eksesais dwi-tahunan ini dipercayai akan meningkatkan kerjasama antara kedua buah negara selain memperkukuh hubungan diplomatik dan memantapkan lagi kebolehan pasukan tentera. – airtimes.my

#AirTimes #Indonesia #Global #CARAT2024

Related Articles

Leave a Reply