Home Pertahanan dan Keselamatan Koperasi Tentera agih bayaran zakat, sumbangan RM422,000 kepada veteran ATM

Koperasi Tentera agih bayaran zakat, sumbangan RM422,000 kepada veteran ATM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 08 Feb – Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) menunaikan kewajipannya dengan membayar zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2022 bernilai RM172,000.00 kepada Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Penyerahan replika cek sumbangan ini disempurnakan oleh Pengerusi Koperasi Tentera, Mejar Jeneral Roba’i Rahmat kepada Menteri Pertahanan merangkap Penaung Koperasi Tentera, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam satu majlis ringkas di Kementerian Pertahanan, hari ini.

Koperasi Tentera turut memaklumkan, pihaknya dengan kerjasama Syarikat Takaful Malaysia Berhad telah menyalurkan sumbangan kebajikan berjumlah RM250,000.00 kepada anggota veteran serta keluarga dalam majilis yang sama.

Jelasnya, kerjasama melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) itu akan memanfaatkan 500 orang golongan asnaf veteran dari pelbagai negeri.

Dalam ucapan ringkasnya, Roba’i Rahmat berharap, lebih banyak organisasi serta entiti korporat lain dapat turut sama membantu dalam memberikan sumbangan kebajikan kepada anggota tentera, khususnya warga veteran.

“Sesungguhnya bantuan seperti ini mampu untuk memberikan suntikan moral serta dapat meringankan beban kos sara hidup dalam kalangan pesara tentera yang memerlukan,” jelas Koperasi Tentera dalam satu kenyataan, pada Khamis. -airitmes.my

#pertahanan #Koperasitentera #ATM #JHEV #airtimes

Related Articles

Leave a Reply