Home Pertahanan dan Keselamatan Tahap kesiagaan TLDM di bawah sasaran, hanya capai 58.6 peratus – Panglima

Tahap kesiagaan TLDM di bawah sasaran, hanya capai 58.6 peratus – Panglima

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 29 JAN – Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob hari ini menyatakan tahap kesiagaan armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah di bawah sasaran.

Perkara tersebut dinyatakan oleh beliau semasa menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2024 dan Setahun Pemerintahan Panglima Tentera Laut di Wisma Pertahanan.

“Kesiagaan TLDM masih berada di bawah sasaran iaitu 58.6% berbanding sasaran 75%,

“Namun TLDM telah berjaya melaksanakan sebanyak 424 jumlah siri operasi melibatkan 6 operasi berterusan secara 24/7 dan 3 operasi berkala dengan memastikan kehadiran aset-aset TLDM di Kawasan Operasi Maritim (KOM) sebilang masa,

“Pujian harus diberikan kepada setiap warga the Navy People yang telah berkorban masa, keringat dan tenaga untuk memenuhi keperluan operasi ini,” katanya.

Menurut Panglima Tentera Laut, pelbagai program dan tindakan kolektif telah diambil bagi memastikan kesiagaan Armada TLDM berada di tahap tertinggi.

Ini termasuklah pentauliahan semula kapal peronda (Patrol Craft, PC) KD SRI SABAH dan KD SRI SARAWAK pada 19 Januari lalu.

“Tujuan utama pindah milik ini adalah bagi memenuhi keperluan operasi semasa sementara TLDM memperolehi aset-aset yang baharu dalam armadanya,” ujar beliau.

Selain itu, TLDM sedang giat melaksanakan dua inisiatif dalam pengurusan senggaraan kapal iaitu Repowering Program dan Obsolescence Program.

Jelas Abdul Rahman, sehingga kini 10 buah kapal telah selesai menjalani Repowering Program yang merangkumi penukaran sepenuhnya sistem kuasa gerak kapal.

“Obsolescence Program yang melibatkan penukaran secara sepenuhnya hull kapal dan sebahagian besar peralatan utama kepada peralatan baharu dengan keupayaan terkini telah selesai dilaksanakan pada KD PERKASA dan kini sedang diteruskan bagi KD GANYANG,

“Kedua-dua program ini telah memberi impak yang positif di mana kapal kini berupaya melaksanakan operasi dengan lebih berkesan disamping memberi penjimatan yang besar kepada TLDM,” jelas Panglima Tentera Laut. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #TLDM

Related Articles

Leave a Reply