Home Pertahanan dan Keselamatan Kereta kebal T-34 tunjang utama Soviet semasa Perang Dunia Kedua

Kereta kebal T-34 tunjang utama Soviet semasa Perang Dunia Kedua

by Muaz Rizqi

Perang Dunia Kedua telah memberi impak kepada perkembangan dan penggunaan berbagai senjata api serta teknologi kenderaan berperisai seperti kereta kebal telah mempengaruhi strategi peperangan. Kemajuan teknologi pertahanan ini sebenarnya dapat membina sesebuah tamadun dalam sejarah peradaban manusia.

Tridtsatchetverka atau dikenali sebagai Model T-34/76 merupakan kereta kebal yang telah diperkenalkan oleh Kesatuan Soviet semasa Perang Dunia Kedua. Kenderaan perisai itu telah dihasilkan di kilang KhPZ di Kharkiv, Ukraine. T-34 juga merupakan versi pengeluaran yang pertama pada tahun 1940.

Kereta kebal tersebut diakui sebagai “kereta kebal terbaik dunia” oleh Komander tentera Jerman iaitu Paul Ludwig Ewald von Kleist. Kenderaan perisai itu juga merupakan salah satu tunjang utama oleh Kesatuan Soviet pada ketika itu.

Semasa operasi Barbarossa, pencerobohan Jerman terhadap Kesatuan Soviet pada tahun 1941, ia disedari bahawa kereta kebal T-34 Soviet telah mengatasi kereta kebal Panzer III dan Panzer IV. Perisai condong T-34 milik Soviet itu mampu bertahan dengan kebanyakan senjata Jerman.

Pada tahun 1940 hingga 1946, Soviet telah menghasilkan lebih dari 58 ribu kereta kebal dengan variasi kerana perbelanjaannya agak murah untuk dihasilkan dan mudah untuk diselenggara ketika itu.

Tridtsatchetverka dalam pelbagai varian dibekalkan lebih daripada 10 buah negara yang terdiri daripada Austria, Bulgaria, Cyprus, Czechoslovakia, Cuba, Finland, Hungary, Poland, Romania, Yugoslavia, Afghanistan, Iraq, Laos, Mongolia, Korea Utara, Pakistan, Algeria, Angola dan banyak lagi.

T-34 dianggap sebagai kereta kebal terbaik dunia kerana mampu menangani berbagai bentuk muka bumi di medan pertempuran seperti kawasan pergunungan dan hutan rimba. Kereta kebal itu juga lengkap dengan persenjataan dan mempunyai ketepatan yang tinggi.

Senjata utama T-34 ialah meriam berkaliber 76 mm yang mampu menembusi kesemua perisai kereta kebal Jerman pada ketika itu. Selain itu, ia juga turut dilengkapi dengan 2 buah mesingan yang menggunakan peluru berkaliber 7.62 mm.

T-34 varian 76 mm itu mempunyai berat dalam lingkungan 26 hingga 30 tan dan berkelajuan 55 km/j. Kenderaan perisai itu juga mampu memuatkan seramai 4 kru. -airtimes

Related Articles

Leave a Reply