Home Pertahanan dan Keselamatan MINDEF laksana pelbagai inisiatif tarik penyertaan golongan muda

MINDEF laksana pelbagai inisiatif tarik penyertaan golongan muda

by Bernama

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah mengadakan pelbagai inisiatif termasuk kempen penerangan, bagi menarik generasi muda menyertai kerjaya bersama MINDEF dan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata reruai MINDEF dan Tentera Darat Malaysia yang dibuka pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, secara tidak langsung memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai pelbagai peluang kerjaya.

“Saya hendak generasi muda buka mata mengenai kerjaya yang ada, maka kepada yang berminat menyertai ATM datanglah kepada reruai MINDEF.

“Pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, kita juga dapat lihat pencapaian yang ditunjukkan Jabatan Hal Ehwal Veteran, serta pameran aset canggih yang dimilik ATM,” katanya kepada Bernama, semalam.

Adly berkata golongan muda kurang didedahkan dengan kerjaya di MINDEF dan ATM, serta kurang pengetahuan mengenai kerjaya badan beruniform itu, sehingga menyebabkan kurangnya minat menyertainya.

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang berlangsung tiga hari di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jall di sini, bermula semalam, untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar dan inisiatif baharu diperkenalkan kepada rakyat oleh Kerajaan Perpaduan, sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 24 Nov tahun lepas.

Ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju kerajaan, bagi membina kepercayaan serta keyakinan antara kerajaan dengan rakyat, melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply