Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut 8 kapal TLDM belayar rentasi Laut China Selatan ke Laut Sulu

8 kapal TLDM belayar rentasi Laut China Selatan ke Laut Sulu

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 26 NOV – Sebanyak 8 buah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah belayar merentasi Laut China Selatan menuju ke Laut Sulu dalam Operational Sea Training Exercise East (Eks OSTEX EAST) 2/2023 yang bermula daripada 17 November lalu.

Bahagian Komunikasi Stategik, Markas Pemerintahan Armada Timur berkata, siri eksesais ini dilaksanakan dengan misi menyediakan angkatan laut yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi ancaman maritim.

Eksesais ini juga turut bertujuan memperkasakan kemahiran warga dalam aspek navigasi, ilmu kelautan dan peperangan.

“Siri kedua eksesais ini telah dilaksanakan dalam 5 fasa iaitu Fasa Pelabuhan, Fasa Force Integration Training (FIT), Fasa Hot Wash Up (HWU), Fasa War Exercise (WAREX) dan yang terakhir iaitu Fasa Pasca Eksesais,

“Kelima-lima fasa dilaksanakan dengan fokus untuk menyokong objektif eksesais yang digariskan, iaitu untuk memberi peluang dan ruang kepada warga The Navy People dalam memperkasa kemahiran navigasi, ilmu kelautan dan peperangan,

“Ia turut memfokuskan peningkatan kemahiran dalam mewujudkan, mengurus dan mengekal komunikasi taktikal ketika melaksanakan operasi maritim. Ketika fasa FIT dan WAREX, ia turut menjadi platform memperaga kehadiran TLDM di Zon Maritim Malaysia,” kata kenyataan itu lagi.

Menurutnya, eksesais yang sinonim di Armada Timur telah melibatkan 8 buah kapal TLDM yang diketuai oleh KD PERAK selaku Ketua Gugus Tugas.

Turut menjadi elemen sokongan dalam eksesais ini adalah Helikopter Operasi Maritim AW139 dan Unmanned Aerial System (UAS) Scaneagle yang dioperasikan oleh Skuadron 601.

“Selain itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui Markas Wilayah Udara 2 (MAWILLUD 2) Labuan turut memberi sokongan dengan melibatkan pesawat pejuang HAWK dan maritime surveillance aircraft CN235,” tambah kenyataan itu.

OSTEX EAST 3/2022 ini telah dirasmikan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 17 November yang lalu oleh Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Khir Junaidi Idris.

Manakala, penutup eksesais ini telah diadakan di KD SRI TAWAU.

Beliau dalam ucapan penutupnya menyatakan, setiap dapatan yang diperoleh melalui siri eksesais ini seharusnya diberi perhatian dan menjadi rujukan bagi mengekalkan kesiagaan operasi maritim TLDM.

“Elemen 3P iaitu People, Platform dan Process terus dijadikan intipati dalam segala pelaksanaan siri eksesais sama ada latihan di darat atau evolusi di laut,

“Ia menjadi komponen pemantauan berterusan dalam aspek pembangunan kompetensi warga The Navy People dan pemantapan aset bagi menyokong operasi serta dimensi peperangan maritim,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan, TLDM TLDM sentiasa beriltizam mengekalkan kesiagaan aset dan kompetensi warganya melalui latihan berterusan bagi menyokong keperluan operasi.

“Pelaksanaan siri eksesais pada kali ini yang telah disempurnakan tanpa sebarang insiden jelas menggambarkan sikap profesionalisme, keupayaan dan kesiagaan aset Armada Timur TLDM berada pada tahap terbaik,” ujarnya lagi.-airtimes.my

#airtimes #TLDM #OSTEXEAST #Sabah #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply