Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Op MURNI: ATM laksana bantuan pemeriksaan kesihatan kepada mangsa banjir

Op MURNI: ATM laksana bantuan pemeriksaan kesihatan kepada mangsa banjir

by Nurulhuda

DUNGUN, 27 NOV – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan sahaja diaturgerak bagi membantu operasi pemindahan dan menyelamat mangsa-mangsa banjir, malah menyediakan rawatan perubatan di pusat pemindahan sementara.

Pihak Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) memaklumkan, pasukannya telah mengerakkan Pegawai Perubatan dari Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD) (Para) dan Tim Perubatan 705 Pusat Perubatan ATM (705 PPAT) untuk melaksanakan pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa-mangsa banjir di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Tok Kah, Dungun sejak semalam.

“Pemeriksaan kesihatan ini merupakan salah satu gerak kerja dalam atur gerak Op MURNI yang diselaraskan oleh 8 Bgd bagi membantu Pihak Berkuasa Awam setempat memastikan mangsa-mangsa banjir sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang baik,” jelas 8 Bgd menerusi hantaran di media sosialnya.

Situasi banjir di Terengganu semakin pulih apabila 326 orang daripada 73 keluarga berada di 6 PPS di 4 daerah berbanding 621 mangsa daripada 147 keluarga di 12 PPS di tujuh daerah, pagi tadi.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), di Kuala Terengganu seramai 91 orang daripada 22 keluarga berada dua PPS manakala di Besut 176 orang daripada 39 keluarga berlindung di sebuah PPS.

Di Dungun pula, 50 orang daripada 10 keluarga berlindung di dua PPS sementara di Setiu, hanya sembilan mangsa berada di sebuah PPS.

Menurut JPBNT, sebanyak 6 PPS di 3 daerah ditutup tengah hari tadi iaitu Kemaman, Marang dan Kuala Nerus selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.-airtimes.my

#pertahanan #airtimes #OpMurni #banjir #terengganu

Related Articles

Leave a Reply