Home Semasa 88 petugas PBB maut dalam Perang Gaza semenjak 7 Oktober

88 petugas PBB maut dalam Perang Gaza semenjak 7 Oktober

by M.Daim

NEW YORK, 6 NOV – Pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan seramai 88 petugas mereka telah terkorban dalam peperangan di Gaza.

Perkara tersebut dinyatakan dalam kenyataan bersama agensi-agensi di bawah PBB.

“Sejumlah petugas bantuan kemanusiaan telah terbunuh semenjak 7 Oktober lalu,

“Ini merangkumi 88 petugas UNRWA (Agensi Bantuan dan Kerja PBB),

“Ia merupakan angka korban tertinggi petugas PBB yang pernah direkodkan dalam satu konflik,” kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut turut menyatakan gesaan PBB agar semua pihak untuk memenuhi dan mematuhi undang-undang kemanusiaan serta hak asasi antarabangsa,

“Penduduk awam dan infrastruktur – termasuk hospital, tempat perlindungan serta sekolah perlu dilindungi,

“Lebih banyak bantuan – makanan, air, ubat-ubatan dan sudah tentu bahan api (minyak) – mesti dibenarkan masuk ke Gaza secara selamat, cepat serta mencukupi,

“Ia perlu diberikan kepada mereka yang memerlukan terutamanya wanita dan kanak-kanak tanpa mengira di mana mereka berada,” katanya.

Kenyataan bersama itu turut melaporkan lebih 100 serangan terhadap fasiliti kesihatan direkodkan.

“Kita memerlukan gencatan kemanusiaan, peperangan ini sudah berlanjutan selama 30 hari,

“Cukuplah, ia (perang Gaza) perlu dihentikan segera,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #PBB #Gaza #UNRWA

Related Articles

Leave a Reply