Home Pertahanan dan Keselamatan #Pertahanan: 26 negara laksana eksesais bersama persiap misi pengaman

#Pertahanan: 26 negara laksana eksesais bersama persiap misi pengaman

by Nurulhuda

PORT DICKSON, 13 Ogos – Seramai 847 pesarta dari 26 buah negara berada di Malaysia untuk melaksanakan Eksesais Keris Aman II 2023 bagi mempersiapkan kemahiran menyertai misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di seluruh dunia.

Eksesias kolaborasi bersama diantara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM) di bawah Program Global Peace Operations Initiative (GPOI), Amerika Syarikat ini diadakan bermula 12 sehingga 26 Ogos 2023 di kawasan Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bahagian J7- Hal Ehwal Awam, Markas Angkatan Bersama (MK AB) memaklumkan, eksesais berkonsepkan latihan Peacekeeping Operation (PKO) atau Operasi Pengaman ini adalah sebagai persediaan dan persiapan untuk anggota yang akan melaksanakan misi pengaman dengan berkesan kelak.

Majlis Pembukaan Eksesais Keris Aman II 2023 telah disempurnakan oleh Brigadier General Michael R. Drowley, Director Joint Training and Exercises (J7) U.S. Indo-Pacific Command (HQ USINDOPACOM) di Padang Kawad Markas Pemerintahan Latihan Dan Doktrin Tentera Darat, hari ini.

Didalam ucapan perasmian, beliau menegaskan agar kesemua peserta dari negara yang terlibat untuk menimba sebanyak mungkin ilmu yang dipelajari sepanjang eksesais ini berlangsung.

Menurutnya, ia adalah sebagai persediaan dan persiapan untuk anggota yang akan melaksanakan misi pengaman dengan berkesan kelak.

Pihak MK AB memaklumkan, eksesais ini dianjurkan untuk melatih anggota-anggota tentera pelbagai negara mempersiapkan kemahiran bagi menyertai misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di seluruh dunia

“Selain itu, ia adalah untuk meningkatkan kerjasama operasi pelbagai negara (multinational operations) dengan semua negara-negara serantau dan antarabangsa,

“Eksesais ini juga sekaligus dapat meningkatkan kesiagaan dan kemahiran anggota Kontijen Malaysia MALBATT 850-11 yang akan melaksanakan misi operasi Pengaman PBB di Lubnan pada Oktober 2023 ini,” jelas MK Ab dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah MK AB, eksesais ini mengadaptasikan senario operasi pengaman PBB di peringkat operasional dan taktikal terbahagi kepada 3 bahagian iaitu iaitu Staff Training Event (STE), Field Training Event (FTE) dan Critical Enabler Capability Enhancement (2CE) yang akan dilaksanakan secara serentak di lokasi yang berlainan.

Turut hadir, Asisten Ketua Staf J3 Markas Angkatan Bersama iaitu Mejar Jeneral Datuk Nur Hafis Abdul Karim TUDM dan Panglima 1 Briged iaitu Brigedier Jeneral Mohmad Noorlizam Shamsuddin. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply