Home Pertahanan dan Keselamatan #Pertahanan: Destini peroleh lanjutan kontrak bekal alat ganti pesawat TUDM

#Pertahanan: Destini peroleh lanjutan kontrak bekal alat ganti pesawat TUDM

by Bernama

KUALA LUMPUR, 21 Jul – Anak syarikat milik penuh Destini Bhd, Destini Prima Sdn Bhd (DPSB), telah menerima surat lantikan untuk lanjutan kontrak daripada Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi pembekalan alat ganti pesawat bukan proprietari untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis, Destini berkata tempoh kontrak itu, yang tamat pada 30 Jun 2023, telah dilanjutkan selama dua tahun lagi dari 1 Julai 2023 kepada 30 Jun 2025. Dengan pelanjutan itu, siling kontrak telah dinaikkan sebanyak RM222.25 juta.

“Nilai siling tambahan adalah sebanyak RM222.25 juta, menjadikan nilai keseluruhan kontrak kepada RM403.75 juta,” katanya.

Destini berkata DPSB dikehendaki menyediakan bon prestasi apabila menerima pesanan daripada Kerajaan.

“Bon prestasi berjumlah 2.5 peratus untuk pesanan lebih daripada RM200,000 dan 5.0 peratus untuk pesanan lebih daripada RM500,000,” katanya. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply