Home Pertahanan dan Keselamatan MSH Tech, syarikat veteran ATM anjur Persidangan Military Working Dog/K9 2023

MSH Tech, syarikat veteran ATM anjur Persidangan Military Working Dog/K9 2023

by M.Daim

Syarikat pertahanan tempatan, Msh Instruments Environmental and Technologies Sdn Bhd telah menganjurkan persidangan Military Working Dog/K9 2023.

Persidangan ini telah dianjurkan bersama Paramount International South Africa, Animal Medical Center KL dan Pets Corner Sdn Bhd KL.

Majlis perasmian persidangan ini telah disempurnakan oleh Pengerusi MSH , Mejar Jeneral Datuk Pahlawan Mohd Anuar Rijaludin (Bersara).

Persidangan Military Working Dog/K9 2023 telah disempurnakan oleh Pengerusi MSH Tech, Mejar Jeneral Datuk Pahlawan Mohd Anuar Rijaludin (Bersara).

Menurut beliau, penggunaan anjing dalam perkhidmatan agensi keselamatan adalah sinonim dalam tugas-tugas operasi dan menyelamat, misi ketenteraman awam dan ketenteraan.

“Ianya amat signifikan dalam tugas-tugas ketenteraan dan kepolisan serta aktiviti pencegahan pemburuan hara,” katanya dalam ucapan perasmian di Wisma Perwira, 7 Jun.

Beliau menambah, pihak MSH Tiga kini telah memperluaskan perkhidmatan syarikat itu kepada membekalkan urusan perolehan anjing, menyediakan platform latihan kompetensi dalam pengendalian anjing serta nasihat pakar veterinar.

Sebelum ini, MSH Tiga merupakan pembekal kepada pemakanan anjing K9/Military Working Dog.

Tambahnya, syarikat MSH Tiga adalah terdiri daripada kalangan veteran ATM.

Persidangan ini dihadiri oleh wakil-wakil dari pelbagai jabatan keselamatan dan penyelamat.

“Kami masih ingin menawarkan khidmat bakti kepada negara melalui cara yang berbeza,

“Ianya bukan faktor keuntungan semata-mata yang kami fikirkan, namun melalui usaha yang dijalankan oleh pihak MSH ini, inisiatif kami adalah untuk membantu golongan veteran mendapatkan sumber ekonomi mereka,” katanya.

Anuar menjelaskan, persidangan ini merupakan medan untuk memberi penerangan dan kefahaman lebih tepat serta terperinci tentang peranan anjing di kawasan operasi.

Persidangan yang dihadiri oleh wakil dari pasukan keselamatan dan agensi penyelamat ini turut melibatkan penerangan dari pakar veterinar tempatan dan pembekal dari Afrika Selatan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply