Home Pertahanan dan Keselamatan Mohammad, Abdul Rahman dikurnia gelaran Tan Sri

Mohammad, Abdul Rahman dikurnia gelaran Tan Sri

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayub TLDM dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah PSM tersebut semasa Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda yang ke-64, pada Isnin.

Penerima tunggal kepada pegawai kanan ATM bagi Darjah Panglima Setia Diraja (PSD) yang membawa gelaran Datuk turut dikurniakan kepada Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad.

“Sementara itu, Ketua Pengarah Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO), Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal bersama-sama Panglima Armada Barat TLDM, Laksamana Madya Datuk Abu Bakar Md Ajis TLDM dan Panglima Operasi Udara TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Shahada Ismail TUDM pula telah dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk,

“Turut sama menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) tahun 2020 pada istiadat kali ini adalah 3 pegawai kanan ATM yang telah bersara iaitu bekas Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Nazir Mami (Bersara), bekas Komander National Task Force, Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah TLDM (Bersara), dan bekas Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional, Laksamana Madya Datuk Ganesh a/l Navaratnam TLDM (Bersara),” jelas pihak ATM.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong juga berkenaan bercemar duli mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat kepada 830 individu lain dalam istiadat yang sama.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM dan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Yang Amat Mulia Tengku Muhaini. -airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply