Home Semasa Parlimen: Misteri kapal kargo Malaysia yang hilang jadi soalan utama

Parlimen: Misteri kapal kargo Malaysia yang hilang jadi soalan utama

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Persoalan misteri kehilangan kapal kargo MV Dai Cat 06 yang hilang pada Januari lalu akan dibangkitkan dalam Parlimen pada hari ini.

Isu kapal malang terbabit akan dibangkitkan dalam Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan dalam sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada pukul 10 pagi.

“Minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah sebenarnya yang terjadi dengan Kapal Kargo Malaysia MV Dai Cat 06 yang dilaporkan hilang pada awal Januari 2023 di perairan Indonesia dan apakah penyelesaian kehilangan kapal tersebut,” kata Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Madius Tangau.

Soalan ini dijangka akan dijawab oleh Loke Siew Fook atau timbalannya, Datuk Hasbi Habibollah.

MV Dai Cat 06 merupakan kapal kargo yang dilaporkan hilang selepas gagal tiba ke Kuching seperti yang dijadualkan.

Kapal berukuran 52 meter itu dikendalikan oleh 5 orang kru yang terdiri daripada 3 warga Malaysia dan 2 Indonesia. Semasa kejadian, vesel terbabit sedang membawa 527 batang besi bernilai RM726,205.

Usaha mencari kapal terbabit telah dilancarkan oleh Malaysia dan Indonesia semenjak kapal terbabit dilaporkan hilang namun terhenti pada lewat Januari 2023. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply