Home Pertahanan dan Keselamatan 11 kru dan tekong tempatan ditahan

11 kru dan tekong tempatan ditahan

by Muaz Rizqi

MERSING, 22 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), melalui Zon Maritim Mersing telah menahan 2 buah bot nelayan tempatan pada kedudukan 1.0 batu nautika selatan Pulau Tinggi sekitar jam 11.00 pagi, semalam.

Pengarah APMM Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, 2 buah bot nelayan tempatan kelas C tersebut itu ditahan oleh pasukan peronda APMM ketika melaksana OP JAKSA/OP MARDOF BARAT.

Menurutnya, ketika pemeriksaan, 2 buah bot nelayan tempatan itu didapati telah melakukan kesalahan melanggar syarat sah lesen iaitu menambah ruangan dan mengubah suai tangki minyak bot nelayan mereka.

“Hasil pemeriksaan ke atas dokumen pula, kesemua 11 kru daripada kedua-dua bot nelayan tersebut merupakan warga Indonesia dalam lingkungan berumur lingkungan 25 hingga 44 tahun termasuk tekong,

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan1985 iaitu melanggar syarat sah lesen seperti yang ditetapkan dalam buku,

“Bot serta kru ditahan sebelum dibawa ke jeti APMM Teluk Gading untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” jelasnya dalam kenyataan.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, pihaknya mengingatkan kepada semua komuniti nelayan tempatan agar mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang telah ditetapkan.

Sebarang aduan dan salah laku jenayah maritim atau sebarang kejadian kecemasan di laut, orang ramai boleh segera menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404 atau MERS 999 untuk tindakan segera. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply