Home SemasaGlobal Indonesia mahu radar baharu, perkuatkan pertahanan udara

Indonesia mahu radar baharu, perkuatkan pertahanan udara

by M.Daim

JAKARTA, 20 Mac – Indonesia sedia mempertingkatkan keupayaan radar pertahanan udara mereka dengan menggantikan radar lama yang sedia ada.

Menurut Ketua Staf Angkatan Udara (KASAU), Marsekal TNI Fadjar Prasetyo, pihak Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Udara (TNI-AU) sedang mengadakan perbincangan untuk mendapatkan radar baharu.

Jelasnya, kemaskini keupayaan radar pertahanan udara itu akan dilakukan di beberapa lokasi utama di negara itu termasuk di Nusa Tenggara Timur.

“Pada ketika ini, pelan kita adalah untuk mendapatkan radar baharu. Perkara ini sedang diproses oleh Kementerian Pertahanan,” katanya yang dipetik oleh Tempo.

Laporan itu turut menjelaskan penggantian radar akan dilakukan di Satuan Radar (Satrad) 226 Buraen di Nusa Tenggara Timur.

Fadjar menambah, radar di beberapa lokasi lain masih lagi dalam keadaan baik dan akan digantikan pada masa akan datang.

“Satrad 226 berada di lokasi strategik dan mempunyai potensi tersendiri serta berhadapan dengan ancaman pencerobohan udara,

“Kita akan terus memantau dan memastikan keselamatan ruang udara terutamanya di kawasan selatan Indonesia yang berhadapan dengan negara jiran,” ujar beliau. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply