Home Pertahanan dan Keselamatan LCS diteruskan selepas memorandum jemaah menteri, perjanjian antarabangsa selesai – Tok Mat

LCS diteruskan selepas memorandum jemaah menteri, perjanjian antarabangsa selesai – Tok Mat

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=_pnj9wLD7jU[/embedyt]

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menyatakan projek Kapal Tempur Pesisir (Littoral Combat Ship, LCS) akan diteruskan selepas beberapa perkara diselesaikan.

Ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat, Menteri Pertahanan menyatakan projek akan diteruskan selepas Memorandum Jemaah Menteri dan Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa (International Settlement Agreement) dimeterai.

“Pada masa kini, MINDEF dalam fasa terakhir untuk memuktamadkan cadangan penerusan projek melalui penyediaan memorandum jemaah menteri  yang akan dibentangkan dalam masa terdekat,

“Kita bentangkan kertas baharu kerana kerajaan ketika ini merupakan kerajaan baharu. Maka, kita bentangkan kertas ini kepada Jemaah menteri untuk meneruskan projek ini dan International Settlement Agreement) dimeterai dengan pihak ketiga, kita dapat meneruskan projek LCS,” katanya.

Menurut beliau, projek LCS telah dihentikan pada awal tahun 2018 dan usaha untuk meneruskan projek ini berhadapan dengan pelbagai isu termasuk tindakan undang-undang.

“Projek ini dihentikan pada awal tahun 2018  dan ia telah terhenti lama,

“Dan sekarang kita nak meneruskan (tetapi) banyak masalah-masalah operasi termasuk legal action (tindakan undang-undang),

“Alhamdulillah perkara ini dapat diselesaikan,” katanya.

Tok Mat menambah, pihak Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) sedang memberikan penelitian khusus demi memastikan projek ini diteruskan bagi memperkasakan sistem pertahanan dan perairan negara.

“MINDEF bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Naval Shipyard (BNS) telah melihat semula perancangan perolehan LCS ini,

“Ia dilakukan bersama Kementerian Kewangan, Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Peguam Negara bagi mencari jalan penyelesaian terbaik bagi projek ini,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply