Home SemasaGlobal Jual senjata kepada Taiwan: China kenakan sekatan terhadap syarikat AS

Jual senjata kepada Taiwan: China kenakan sekatan terhadap syarikat AS

by M.Daim

BEIJING, 18 Feb – Kerajaan China telah mengenakan sekatan terhadap beberapa syarikat pertahanan dari Amerika Syarikat.

Sekatan dikenakan berikutan penglibatan syarikat-syarikat terbabit dalam penjualan senjata kepada Taiwan.

Menurut laporan AP, sekatan dikenakan terhadap Lockheed Martin Corp dan Raytheon Missiles and Defense.

“Kedua-dua syarikat terbabit dilarang dari mengimport barangan dari China dan juga pelaburan di negara itu,

“Mereka turut disenaraikan sebagai entiti yang tidak boleh dipercayai oleh Kementerian Perdagangan China,” kata laporan itu.

Menurutnya, sekatan dikenakan kerana kedua-dua syarikat terbabit memberikan ancaman kepada kedaulatan, keselamatan dan kepentingan negara China.

Pada September lalu, Raytheon Missiles and Defense telah dianugerahkan kontrak tingkat upaya sistem radar Taiwan. Selain daripada itu, Boeing turut menerima kontrak untuk membekalkan peluru berpandu anti kapal Harpoon.

Lockheed Martin merupakan pembekal utama radar, helikopter dan sistem kawalan trafik udara kepada Taiwan. Syarikat pengeluar F-35 itu turut terlibat dalam pembangunan keupayaan tentera laut dan jet pejuang negara pulau terbabit.

Syarikat itu juga membekalkan sistem kawalan trafik udara untuk kegunaan awam dan helikopter komersil di China.

Senarai sekatan diwujudkan oleh Beijing pada tahun 2019 sebagai tindak balas kepada Amerika Syarikat yang mengenakan sekatan terhadap Huawei. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply