Home Pertahanan dan Keselamatan 129 PATI Filipina diusir pulang

129 PATI Filipina diusir pulang

by Nurulhuda

SANDAKAN, 12 Jan – Seramai 129 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina diusir ke negara asal menerusi Program Pemindahan Warganegara Filipina melalui Pelabuhan Sandakan, pada Rabu.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, penghantaran pulang kesemua PATI itu dilakukan menggunakan pengangkutan laut Feri MV Antonia 1 ke Pelabuhan Zamboanga, Filipina.

Beliau berkata, program pemindahan pulang PATI ini membabitkan seramai 81 orang tahanan lelaki, 25 wanita dan 23 kanak-kanak berusia 12 tahun hingga 23 bulan ke bawah.

“Bagi tahanan dewasa purata umur adalah dari 12 tahun sehingga 70 tahun,

“Manakala, kanak-kanak yang terlibat dengan penghantaran pulang adalah bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurutnya, tahanan PATI yang terlibat pada kali ini hanyalah tahanan warganegara Filipina dari Depot Imigresen Tawau sahaja.

“Kesemua PATI yang ditahan di Depot Imigresen telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,

“Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan terakhir iaitu pengusiran keluar dari negara ini,” jelasnya lagi.

Justeru, semua warga asing diingatkan untuk memastikan mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja yang dibenarkan untuk bekerja di Sabah, Malaysia.

“Agensi penguatkuasaan di Sabah sentiasa bertindak tegas terhadap mana-mana individu yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang di negara ini,

“JIM Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pengusiran PATI setelah mereka melalui semua proses perundangan negara serta telah mendapat pengesahan daripada kedutaan negara asal,” tambahnya lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply