Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Tentera Laut Malaysia-Thailand laksana rondaan dan latihan bersama di sempadan

Tentera Laut Malaysia-Thailand laksana rondaan dan latihan bersama di sempadan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Tentera Laut Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Diraja Thailand (TLDT) telah bekerjasama dalam melaksanakan Rondaan Coordinated Patrol Area Narathiwat Kelantan (N/K CPA) pada 7 Disember lalu.

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada (MPA) Barat dalam kenyataan memaklumkan, kerjasama ini telah dimulakan semula setelah terhenti selama 2 tahun berikutan pandemik COVID-19.

Menurutnya, aktiviti ini telah dilaksanakan di perairan sempadan Malaysia-Thailand dengan aset TLDM dan TLDT yang terlibat ialah KD GEMPITA serta HTMS KLONG YAI.

“Beberapa siri latihan juga turut dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kompetensi warga kapal terlibat,

“Rondaan terkoordinasi ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan khususnya di sempadan perairan Malaysia-Thailand di samping mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara yang telah lama terjalin,” jelas kenyataan itu.

Tambahan MPA Barat, kerjasama antara Malaysia-Thailand ini dilihat mampu untuk menyekat dan mematahkan unsur-unsur yang berisiko memberi ancaman kepada keselamatan dan kedaulatan negara.

“TLDM sentiasa komited untuk menjalin hubungan antarabangsa terutamanya bersama negara jiran demi melindungi perairan dan sempadan negara pada sebilang masa,” jelas TLDM. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply