Home Pertahanan dan Keselamatan 469 PATI Filipina diusir keluar dari Sabah

469 PATI Filipina diusir keluar dari Sabah

by Nurulhuda

SANDAKAN, 9 Dis – Seramai 469 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina diusir keluar dari Sabah menerusi Program Pengusiran PATI melalui Pelabuhan Sandakan, pada Khamis.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, penghantaran pulang kesemua PATI itu dilakukan menggunakan pengangkutan laut Feri MV Antonia 1 ke Pelabuhan Zamboanga, Filipina.

Beliau berkata, program pemindahan pulang PATI ini membabitkan 385 orang tahanan lelaki, 60 wanita dan 24 kanan-kanan berusia 12 tahun hingga 23 bulan ke bawah.

“Kanak-kanak yang terlibat dengan penghantaran pulang adalah bersama ibu atau bapa masing-masing,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, penghantaran pulang PATI kali ini membabitkan tahanan warga Filipina dari Depot Imigresen Tawau sahaja.

“Kesemua PATI yang ditahan di Depot Imigresen telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,

“Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan terakhir iaitu pengusiran keluar dari negara ini,” jelasnya.

Justeru, semua warga asing diingatkan agar masuk ke Malaysia menggunakan dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja yang dibenarkan untuk bekerja di Sabah dan Malaysia.

“Agensi penguatkuasaan di Sabah sentiasa bertindak tegas terhadap mana-mana individu yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang di negara ini,

“JIM Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pengusiran PATI setelah mereka melalui semua proses perundangan negara serta telah mendapat pengesahan daripada kedutaan negara asal.

Dalam masa yang sama, Sitti Saleha turut menjelaskan, JIM Sabah telah melaksanakan pemindahan warga asing pelbagai warganegara seramai 5,394 orang melalui udara, laut dan darat. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply