Home SemasaGlobal Letupan di Poland mungkin berpunca dari misil pertahanan udara Ukraine – NATO

Letupan di Poland mungkin berpunca dari misil pertahanan udara Ukraine – NATO

by M.Daim

BRUSSELS, 16 Nov – Setiausaha NATO, Jeneral Jens Stoltenberg hari ini menyatakan letupan di Poland adalah berkemungkinan berpunca daripada misil pertahanan udara Ukraine.

Beliau menyatakan perkara tersebut dalam satu sidang media selepas menghadiri mesyuarat NATO.

“Siasatan berhubung perkara ini masih lagi dijalankan dan kita sedang menunggu hasilnya kelak,

“Setakat ini, tiada tanda-tanda menunjukkan letupan (yang berlaku di Poland) adalah berpunca daripada sebarang serangan,

“Dan kami mendapati tiada sebarang tanda menunjukkan bahawa Rusia sedang bersiap sedia untuk melancarkan tindakan ketenteraan terhadap NATO,” katanya.

Beliau menambah, analisis awal menunjukkan letupan berpunca dari misil pertahanan udara Ukraine yang dilancarkan semasa serangan peluru berpandu kruis oleh Rusia, semalam.

Dalam kejadian pada 3.40 petang (10.40 malam waktu Malaysia) semalam, sebuah perkamgpungan di Timur Poland, Przewodów telah digegarkan dengan letupan yang meragut 2 nyawa. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply