Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara PASKAU tawan KD GAGAH SAMUDERA

PASKAU tawan KD GAGAH SAMUDERA

by Nurulhuda

BUTTERWORTH, 10 Nov – Anggota Pasukan Khas TUDM (PASKAU) menggunakan teknik Fast-Roping daripada helikopter EC725 AP ke geladak KD GAGAH SAMUDERA yang sedang berlayar.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, tindakan anggota PASKAU itu adalah sebagai latihan Maritime Counter Terrorism Mission (MCTM), iaitu salah satu siri amali dalam Eksesais PARADISE 9/2022 yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Menurut TUDM, latihan ini adalah untuk menguji kemahiran, keupayaan, kompetensi kru penerbangan dan PASKAU melakukan operasi di kawasan perairan serta di atas kapal yang sedang melaksanakan misi pelayaran.

“Latihan ini juga mendapat kerjasama dan usaha bersepadu di antara TUDM serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),

“Kolaborasi bersama aset TUDM, helikopter EC 725 AP,warga udara bersama aset TLDM, KD GAGAH SAMUDERA dan Navy People merealisasikan objektif MCTM,

“Pada siri latihan MCTM ini, menyaksikan anggota PASKAU menggunakan teknik Fast-Roping daripada Helikopter EC725 AP ke geladak KD GAGAH SAMUDERA,” jelas hantaran itu.

Eksesais PARADISE Siri 9/22 yang buat julung kalinya digabungkan bersama dengan Eksesais ELANGAROO 22 melibatkan peserta eksesais daripada Royal Australian Air Force (RAAF).

Kedua-dua eksesais ini berlangsung selama 12 hari bermula pada 7 sehingga 18 November 2022 dan Pangkalan Udara Butterworth sebagai lokasi penganjur.

Majlis perasmian kedua-dua eksesais ini telah disempurnakan oleh Ketua Staf Markas Wilayah Udara 1, Brigedier Jeneral Datuk Abdul Halim Abu Hassan TUDM dan RAAF, Commander Air Combat Group, Air Commodore Tim Alsop pada Isnin. -airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply