Home Politik PRU15: Kemiskinan Melayu, hilang tanah agenda utama Pejuang – Tun M

PRU15: Kemiskinan Melayu, hilang tanah agenda utama Pejuang – Tun M

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Masalah orang Melayu terutamanya kemiskinan dan kehilangan tanah menjadi tumpuan utama dalam agenda Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam hantaran di media sosialnya berkata, dalam PRU15 nanti orang Melayu boleh memilih antara penjenayah dalam UMNO dan orang Melayu yang bebas dari kes-kes jenayah dari parti Pejuang.

“Orang Melayu ingin diperintah oleh Kerajaan yang didominasi Melayu. Dalam PRU 15, orang Melayu boleh pilih antara Melayu penjenayah dalam UMNO dan orang Melayu yang bebas dari kes-kes jenayah dari parti Pejuang serta rakan-rakan yang semuanya Melayu,

“Pejuang mewakili 4 parti politik Melayu iaitu Pejuang, Putra, Iman dan Berjasa serta ramai orang Melayu yang tidak dibenar aktif dalam politik,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata, Pejuang tidak akan menyalahgunakan kuasa dan keluhuran undang-undang akan dihormati.

“Keluhuran undang-undang akan dihormati. Kuasa tidak akan disalah guna. Rasuah akan diperangi, kos sara hidup akan diturun. Negara akan dipulih sehingga kembali menjadi Harimau Asia,” ujarnya. – airtimes.m

Related Articles

Leave a Reply