Home PolitikPAS /PPBM / LAIN PAS kekal tidak bubar DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah

PAS kekal tidak bubar DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hari ini mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat tersebut juga telah membuat keputusan memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atas prinsip penyatuan ummah.

Menurut Abdul Hadi, mesyuarat juga membuat keputusan untuk memuktamadkan perbincangan kerusi-kerusi di negeri dengan PN.

Manakala, senarai calon daripada negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply