Home Semasa Malaysia setuju ambil 10,000 pekerja asing dari Sri Lanka

Malaysia setuju ambil 10,000 pekerja asing dari Sri Lanka

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Kerajaan telah bersetuju membawa masuk 10,000 pekerja warga asing dari Sri Lanka dengan mengambil kira keadaan negara tersebut yang dilanda krisis ekonomi.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kerajaan Sri Lanka telah mengemukakan permohonan rasmi untuk membekalkan tenaga kerja dan memohon kuota sebanyak 10,000 pekerja.

“Ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu Sri Lanka yang sedang berdepan krisis ekonomi terburuk di negara itu,” katanya keputusan itu dibuat oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 September lepas telah bersetuju bagi pengambilan pekerja tersebut.

Saravanan menggesa pihak industri dan majikan untuk memberi sokongan kepada niat murni kerajaan ini dengan menggajikan pekerja asing dari Sri Lanka bagi mengisi kekosongan pekerjaan dalam sektor yang dibenarkan untuk pengambilan pekerja asing.

“Mana-mana majikan yang telah diberi kelulusan kuota dan telah menyelesaikan bayaran levi boleh merebut peluang ini,

“Sehingga 14 September lepas, bayaran levi telah dibuat bagi 416,634 permohonan pekerja asing,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, mana-mana majikan yang berminat boleh terus menghubungi Bahagian Pengurusan Pekerja Migran KSM ([email protected]) atau Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia ([email protected]) untuk maklumat lanjut. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply