Home Pertahanan dan Keselamatan APMM sita bot, rampas 1,680 tin minuman keras

APMM sita bot, rampas 1,680 tin minuman keras

by Air Times News Network

LABUAN, 21 Sept – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan menyita sebuah bot gentian kaca yang membawa muatan minuman keras di Mempakul, awal pagi tadi.

Pengarah APMM Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, bot tersebut dalam keadaan mencurigakan bergerak dari Labuan menuju ke Tanah Besar berjaya dikesan bot peronda APMM ketika sedang melakukan rondaan Op Sejahtera dan Op Khas Kuda Laut.

“Ketika ingin diperiksa, bot tersebut telah memecut laju menuju ke kawasan paya bakau persisiran Mempakul,

“Hasil pencarian di sekitar kawasan tersebut menemui sebuah bot gentian kaca yang ditinggalkan berserta 1,680 tin minuman keras yang dipercayai ingin dibawa keluar tanpa cukai daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia,” katanya dalam hantaran di media APMM hari ini.

Menurutnya, bot dan muatan berkenaan telah disita dan dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.

“Usaha mengesan pelaku yang melarikan diri akan dilaksanakan dan sebarang maklumat berkaitan kes boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999,

“APMM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan undang-undang keatas sebarang salahlaku jenayah di laut,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?