Home Semasa Laporan perubatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada Mahkamah

Laporan perubatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada Mahkamah

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya boleh mengemukakan laporan perubatan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada mahkamah sekiranya diarahkan.

Beliau berkata, KKM mempunyai tanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).

“Penyiasatan klinikal, perawatan dan pemantauan telah dijalankan oleh pihak KKM dan laporan perubatan akan dikemukakan kepada mahkamah (atas perintah mahkamah),

“Namun pada masa yang sama, KKM mempunyai tanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012),

“Sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan seseorang pesakit hanya boleh dikemukakan kepada Mahkamah (sekiranya diarahkan Mahkamah),” katanya dalam hantaran di media sosialnya hari ini.

Katanya, Najib dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan oleh pakar perubatan susulan perintah Mahkamah Tinggi pada 12 September lalu susulan keadaan kesihatannya tidak memuaskan.

“Ini adalah selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara,” jelasnya.

Terdahulu, Jabatan Penjara memaklumkan pada 12 Sept lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan supaya Najib dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan setelah dimaklumkan keadaan kesihatan beliau yang tidak memuaskan.

“Pada 19 September, pihak HKL telah merujuk Najib ke Hospital Rehabulitasi Cheras (HRC) untuk rawatan dan permantuan lanjutan,” ujar Jabatan Penjara. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply