Home Pertahanan dan Keselamatan Army Endurance Challenge uji ketahanan mental, fizikal warga 4 Divisyen

Army Endurance Challenge uji ketahanan mental, fizikal warga 4 Divisyen

by Air Times News Network

MELAKA, 15 Sept – Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div) telah melaksanakan Pertandingan Army Endurance Challenge (AEC) bagi menguji ketahanan fizikal dan mental pegawai serta anggota di Kem Terendak, pada 14 September lalu.

Markas Briged ke-11 Infantri Malaysia (11 Bgd) dalam satu hantaran di media sosialnya memaklumkan, pertandingan ini juga bertujuan bagi memilih pasukan yang akan mewakili 4 Div dalam Pertandingan AEC peringkat TDM.

“Setiap peringkat perlu melengkapkan 2 peringkat dimana ia terdiri dari peringkat pertama terdapat 3 disiplin iaitu disiplin pertama Larian Endurance sejauh 3 kilometer (KM); disiplin kedua adalah merentas 12 halangan serta disiplin ketiga ialah Road Life Support,

“Peringkat kedua pula merupakan pemeriksaan peralatan pertandingan,” jelas hantaran itu.

Majlis penutup pertandingan telah disempurnakan oleh Panglima 12 Bgd bagi mewakili Panglima 4 Div, Brigedier Jeneral Sani S Omar.

Johan bagi Pertandingan AEC Peringkat 4 Div telah disandang oleh pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD), Naib Johan dimenangi oleh Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD) serta Batalion ke-9 Rejimen Renjer Diraja (9 RRD) memenangi tempat yang ketiga.

Manakala, Johan bagi ketegori 11 Bgd pula telah dimenangi oleh pasukan 25 RAMD, Batalion Kelapan Rejimen Askar Melayu Diraja (8 RAMD) selaku Naib Johan serta tempat ketiga disandang oleh Batalion Keempat Rejimen Askar Melayu Diraja (4 RAMD).

“Johan telah membawa pulang hadiah serta piala pusingan Pertandingan Army Endurance Challenge Peringkat 11 Bgd,” jelas MK 11 Bgd.

Sementara itu, Ketua Platun terbaik bagi pertandingan 11 Bgd telah disandang oleh Leftenan Muhammad Rizalhanif Mohd Razali dan Penolong Ketua Platun terbaik dimenangi oleh Staf Sarjan Mohd Khairi Jaafar dari 25 RAMD.

Upacara penyampaian hadiah bagi Pertandingan Briged telah disampaikan oleh Panglima 11 Bgd iaitu Brigedier Jeneral Fazal Abdul Rahman.

Tambah 11 Bgd, anjuran pertandingan ini selaras dengan Perkara Kedua Perintah Ulung Panglima 11 Briged iaitu Latihan Komprehensif dan Realistik serta Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply