Home Semasa Strobe light pada kenderaan persendirian akan dikenakan tindakan

Strobe light pada kenderaan persendirian akan dikenakan tindakan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sentiasa memantau penggunaan lampu mata ‘strobe light’ pada kenderaan persendirian.

JSPT menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, kejadian ini sentiasa menjadi rungutan pengguna jalan raya kepada mereka yang suka mengambil kesempatan dan berlagak seperti pegawai penguatkuasa.

“Sebuah MPV jenis Toyota Vellfire yang dipandu oleh seorang lelaki di kawasan perindustrian Batu Caves berjaya ditahan anggota JSPT kerana telah menggunakan beacon light pada bahagian cermin hadapan kenderaan tanpa kelulusan pihak berkenaan,

“Pemandu berkenaan telah disiasat di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 dimana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara tidak melebihi (6) bulan,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya, JSPT menegaskan mana-mana pemilik kenderaan yang mengubah suai serta gunakan strobe light pada kenderaan persendirian adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan.

“Menurut Kaedah 9, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 hanya kenderaan dalam tugas kecemasan seperti kenderaan Polis, Bomba, Ambulans dan JPJ sahaja dibenarkan mendapat hak laluan mengatasi kenderaan lain dengan cara membunyikan siren tertentu, loceng atau hon dua nada,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply