Home Pertahanan dan Keselamatan Kapal OPV dijangka diterima awal tahun depan

Kapal OPV dijangka diterima awal tahun depan

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 13 Sept – Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang sedang dalam pembinaan dijangka diterima pada awal tahun depan.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, 3 buah kapal OPV yang sepatutnya diterima pada 2020 masih sedang dalam pembinaan oleh syarikat tempatan iaitu THHE Destini Sdn. Bhd. terletak di Pulau Indah.

Beliau menjelaskan, pandemik COVID-19 yang melanda negara sebelum ini turut menyumbang kepada kelewatan penyerahan kapal-kapal tersebut kepada pihak APMM.

“Kapal OPV 1 yang sepatutnya dilancarkan ke air pada hari ini masih gagal dilakukan kerana ianya tidak berjaya dibawa ke lokasi pelancaran,

“Syarikat akan mengubah cara pelancaran daripada Launching Cradl kepada sistem pelancaran Air Balloon dan ia dijangka akan direalisasikan pada 1 Oktober 2022 ini,

“Sekiranya semua berjalan dengan lancar, jika pelancaran ini dapat direalisasikan pada tarikh tersebut, besar kemungkinan untuk kapal OPV 1 dapat diserahkan kepada pihak APMM pada awal tahun 2023,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, kapal seterusnya iaitu OPV 2 dan OPV 3 akan diserahkan secara berperingkat.

Mohd Zubil turut menambah, adalah besar harapan agensi ini agar ketiga-tiga kapal dapat disiapkan dan diserahkan kepada pihaknya dengan kadar segera walaupun ianya telah 2 tahun melewati dari tarikh asal penyerahan.

“Maritim berharap agar ketiga-tiga kapal tersebut dapat siap dan diserahkan dengan kadar segera walaupun ianya telah 2 tahun melewati dari tarikh asal penyerahan,

“Pada masa kini pihak maritim amat memerlukan ketiga-tiga kapal OPV tersebut bagi menguatkuasakan undang-undang di dalam perairan negara,” katanya. -airtimes.my

Kapal OPV 1 yang sepatutnya dilancarkan ke air pada hari ini masih gagal dilakukan kerana ianya tidak berjaya dibawa ke lokasi pelancaran

Related Articles

Leave a Reply